Saturday 17 September 2011

Nik Aziz Nak Suruh Allah Tanya Tun Dr Mahathir

Agaknya dah nak sampai umur dah Nik Aziz ni . Bercakap tu sikit pun tak fikir . Main rembat jer . Orang kata dah 'buang tabiat orang tua ni ' .

Kelmarin dia cakap kat Akhirat kelak kalau ALLAH tanya kenapa tidak laksana hudud dia cakap "saya kata tanya Tun Dr Mahathir ". Boleh ker dia pulak nak suruh tuhan tanya pada dr.mahathir . Ingat macam bercakap sesama makhluk ker . Ni lah akibat riak bila fikir diri tu lebih islam dari orang lain sampaikan cara berfikir pun melebihi makhluk . Patutnya bila dah pegang title Tok Guru tu , asas ilmu tauhid kenalah sebati dalam jiwa . Bila kita ni makhluk Allah , berfikirlah lah sepertimana makhluk yang taat dan patut pada Allah . jangan sekali kali berfikir seperti mewakili Allah atau setaraf dengan Pencipta kita .

Aku harap PM Najib kasilah Kelantan tu laksanakan hudud yang Nik Aziz nak buat ni . Buat statement " Kerajaan tiada halangan asalkan Jabatan Peguam Negera setuju dan tidak bercanggah dengan perlembagaan ". Kalau PM Najib cakap macam tu , siaplah NIk Aziz mau kena penumbuk boxing dengan Karpal Singh . Baru menangis tak berlagu orang tua tu .

KOTA BHARU – Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempertimbangkan hasrat Kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud.

Menteri Besar itu berkata, pelaksanaan undang-undang Islam berkenaan sebelum ini mendapat tentangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan mengugut bertindak jika Pas Kelantan melaksanakannya.

“Kerajaan Negeri setiap masa hendak kepada hudud, apabila tiada hudud inilah jadinya,
rasuah, zina, pecah rumah dan sebagainya. Hudud ini perlu disegerakan, Pas Kelantan sudah lulus, semua Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) tidak kira, Pas atau Umno sokong 100 peratus.

“Selepas hudud diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri (Dun), Perdana Menteri datang Kelantan dan cakap kalau Kelantan laksana hudud kami akan bertindak.

Jadi Pas Kelantan hentikan hudud walaupun semua dah siap. Akhirat kelak kalau ALLAH tanya kenapa tidak laksana hudud saya kata tanya Tun Dr Mahathir. Insya-Allah harap terbuka pintu hati Najib untuk laksanakan hudud,” katanya. Sinar Harian.

No comments:

Post a Comment