Thursday 6 October 2011

MurSHITdol HamPAS 3


22. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.

23. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.

24. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

25. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.

26. "Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat... tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat...'' – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.

27. "Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang" - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.

28. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009.

29. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

30. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.


sumber : jiwa paradox

murSHITdol hamPAS 2


9. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.


10. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.

11. “Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.

12. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

13. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

14. “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999

15. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

16. “Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan cerah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.

17. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

18. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

19. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

20. "PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

21. "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 7 November 1999.

sumber; jiwa paradox

Tuesday 4 October 2011

murSHITdol hamPAS 1


1. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

2. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

3. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.

4. “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.12.
5."Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

6. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

7. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.

8. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.


sumber : jiwa paradox

Saturday 24 September 2011

Hudud ALLAH dengan Hudud PAS

Undang-undang syariah terbahagi kepada tiga elemen iaitu:

1. Hudud
2. Qisas
3. Ta'zir

Dalam undang-undang syariah Malaysia, Qisas, Ta'zir dan Diat telah dilaksanakan kecuali Hudud. Mari kita lihat perbandingan antara Hudud, Qisas dan Ta'zir


1. Hukum Hudud

Dari segi istilah Hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah yang WAJIB dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah.

2. Qisas

Dari segi syarak, Qisas bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah S.A.W. kerana kesalahan­kesalahan yang melibatkan hak individu.
Mengikut hukum Qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum bunuh.

3. Diat

Diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas.
Bagi jenayah membunuh dengan sengaja, ada dua hukuman iaitu Qisas @ Diat. Diat hanya boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika tidak, Qisas bunuh dikenakan.
Hukuman bagi jenayah Pembunuhan separuh sengaja dan pembunuhan tidak sengaja adalah Diat sahaja. Qisas tidak dikenakan.

4. Ta'zir

Dan segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam Al-Quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.
Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategoni ta’zir;

(a) Kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud atau qisas.

(b) Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan sebagainya.

(c) Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti mengumpat, menipu, berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah. Kerajaan Kelantan telah memperuntukan RM 500,000 utk menyediakan draf Hudud. Hudud juga telah diwartakan dan diluluskan di Kelantan. Namun, belum ada perlaksanaannya lagi. Walaupun begitu terdapat 3 versi Hudud yg berbeza dari segi fasal dan huraiannya. Hudud adalah milik Allah, dan telah ditetapkan oleh Allah. Tetapi mengapa pula boleh berbeza-beza mengikut negeri-negeri yang berlainan? Seperti dlm artikel Dato' Safei Daud :


Sehingga kini ada tiga versi hudud Pas yang masing-masing berbeza.

Pertama hudud Pas Kelantan yang bernama Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 mempunyai 72 fasal.

Kedua hudud Pas Terengganu yang dibentang dalam seminar pada 12 Mei 2002 bernama Draf Cadangan Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu mempunyai 74 fasal.

Ketiga Rang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (EKJS) (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M yang mengandungi 67 fasal sahaja.



Mana satukah hudud yang sebenar antara ketiga-tiga hudud Pas itu?

Draf yang dibentangkan pada seminar di Kuala Terengganu 12 Mei 2002 ada Bughah (Fasal 23, 24 dan 25).
Sedangkan dalam EKJS (II) 1993 Kelantan dan rang yang diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 7-9 Julai 2002 tidak ada Bughah.

Mengapakah bughah diketepikan dalam kedua-dua undang-undang hudud itu? Draf Hudud oleh PAS didapati tidak memberi keadilan malah menzalimi rakyat. Ini kerana Hudud dikatakan terpakai untuk orang Islam sahaja, sebagaimana petikan dlm surat Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir) kepada Nik Aziz, yang menyatakan;

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu “tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum).” Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu Al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW.Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan. Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan Agama Islam.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya.

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994



Permasalahan yg akan menjadi perkara pokok dalam hal hudud ini ialah perlantikan hakim. Seperti artikel Dato' Safei Daud lagi menyatakan:
Satu perkara yang berupa prinsip paling penting ialah hakim. Dalam urusan pelantikan hakim terdapat dua percanggahan besar. Pertama tidak merujuk langsung kepada 15 syarat kelayakan menjadi hakim mengikut hukum syarak. Yang kedua rang EKJS (Hudud dan Qisas) Terengganu tidak ada peruntukan khusus mengenai syarat-syarat kelayakan menjadi hakim. Sebaliknya sekadar disentuh secara tumpang dalam fasal 66 (1) Mahkamah Bicara Syariah Khas yang berbunyi ``...daripada hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau daripada seorang yang berkelulusan dan berkelayakan dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.''

Yang peliknya apa yang dibentangkan dalam seminar 12 Mei 2002, bulat-bulat Pas Terengganu mencedok fasal 68 EKJS (II) 1993 Kelantan menjadi fasal 70 dalam `Draf Cadangan' yang dibentang pada seminar di Kuala Terengganu. Tiba-tiba dalam rang yang diluluskan di DUN 7-9 Julai 2002 terus dibuang sahaja fasal berkenaan. Apakah peruntukan fasal 68 EKJS (II) 1993 Kelantan itu tidak diiktiraf oleh Pas Terengganu? Tetapi harus diingat, apabila tidak mengikut syarat-syarat kelayakan dalam Islam maka seseorang hakim itu tidak sah melakukan perbicaraan. Dengan itu seluruh proses Mahkamah Syariah Khas di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu menjadi tidak sah.

Kesimpulannya di sini ingin aku nyatakan ialah Hudud Allah dengan Hudud PAS berbeza. PAS mengubahsuai Hudud Allah supaya memberi manfaat kepada mereka dan mengatakan Hudud PAS adalah Hudud Allah. Menolak Hukum Hudud PAS samalah seperti menolak Hudud Allah. Hukum Hudud Allah tak boleh dipinda atau dikurangkan. Jika hitam, maka hitamlah, tidak boleh dicat putih ataupun kelabu. Jelaslah PAS memperalatkan Agama Islam demi kepentingan politik. Kemudian menuduh UMNO kafir semata-mata kerana Dr Mahathir menolak Hudud PAS.

Langkah awal yag perlu dibuat oleh PAS sekiranya ikhlas adalah dengan mengeluarkan draf cadangan perlaksanan Hudud 2011 dari OSA . Seterusnya memaparkan kedalam satu laman web untuk mendapat penilaian dan maklumbalas dari orang awam . Pekara-perkara yang menjadi halangan untuk perlaksanaan Hudud 2011 seperti cadangan pindaan perlembagaan terutama kepada perkara 4 dan perkara 75 dalam Perlembagaan Persekutuan , isu berkaitan kesalahan yang dilakukan oleh bukan islam , perlantikan hakim , perlaksanaan hukuman , penguatkuasaan hukuman dan sebagainya hendaklah juga dibuka kepada umum untuk perbahasan dan penambahbaikan .

Seterusnya selepas proses penambahbaikan diatas kerajaaan Pas perlu membentang dan meluluskan di sidang DUN Kelantan . Bagi hal yag berkaitan dengan pindaan perlembagaan terpulang kepada kerajaan untuk mengemukakan cadangan pindaan . Sekiranya kerajaan membuat cadangan pindaan perlembagaan terpulang lah kepada ahli parlimen untuk meluluskan sekiranya itu baik untuk negara.

Wednesday 21 September 2011

Ismail Mina : Saya Tidak Sangka Anwar Terpengaruh Pluralisme Agama

AIDCNews – 19/09/11 – Beliau bukan tokoh politik, 62 tahun, mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika masih menuntut di Universiti Malaya (UM) pada tahun 1970.

“Saya muda setahun dari Datuk Seri Anwar, ketika sama-sama menuntut di UM”, kata Ustaz Ismail Mina

Seorang bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Islam yang low profile , lebih selesa berjubah mula mengenali Anwar, ketika zaman pelajar, ketika itu Anwar adalah Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Persahabatan dan sokongannya kepada Anwar tidak pernah luntur, dari zaman pelajar, bersama-sama di Yayasan Anda hingga terlibat dalam Sekretariat Pembebasan Anwar, ketika Ketua Umum PKR itu masih merengkok di penjara Sungai Buloh.

Namun semuanya berubah selepas Anwar dibebaskan dari penjara pasca 2004, terutamanya apabila Ketua Umum PKR itu sering berceramah di luar negara berkenaan dengan topik agama.

“Ya, saya tidak menyangka pada awalnya. Sehingga lah terbukti dalam ucapannya di LSE itu…Memang sah. Kita ambil ucapan itu daripada blog beliau. Ini bukan kita ambil atau copy daripada mana-mana blog orang lain, tidak. Memang kita ambil daripada blog beliau sendiri.Jadi, sah lah bahawa beliau yang bercakap, berucap”, katanya yang mula menarik balik sokongan setelah melihat sahabatnya telah terpengaruh dengan aliran pemikiran yang merosakkan Islam, liberalisme dan Pluralisme.

“Saya nak sebut bahawa, sebenarnya ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memang sah beliau berfahaman Pluralisme Agama”, tegasnya.

Ikutilah wawancara AIDC dengan Ustaz Ismail Mina pada 16 September 2011, di Hulu Klang dalam menyoroti kisah di sebalik tabir berkenaan dengan isu tersebut.

AIDC : Saya difahamkan, Ustaz ada menganjurkan satu seminar ‘Pluralisme Agama dan Pemurtadan’ di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur pada Disember tahun lepas.

Ustaz Ismail Mina : Ya. Benar.

Apakah tujuannya dianjurkan seminar tersebut ?

Sebenarnya, seminar tentang pemurtadan yang kita fokus tentang liberalisme dan pluralisme. Pertama kali kita buat di UIA, Gombak.

Itu yang pertama. Itu adalah ekoran daripada ceramah yang disampaikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di London School of Economics (LSE).

Jadi, setelah kita teliti dengan sahabat – sahabat, kita dapati ini satu isu yang serius. Bukan sekadar isu yang remeh, tetapi isu ini yang menyangkut akidah dan syariah umat Islam.

Kemudian, seperti yang saudara sebut tadi, ada dibuat program di Masjid Wilayah. Itu adalah program yang kedua.

Yang Kedua ? di Masjid Wilayah itu lebih serius ataupun di UIA ?

Kedua-duanya serius cuma audiens di UIA itu sedikit terhad berbanding di Masjid Wilayah yang lebih ramai dan luas.

Mekanisme kita di UIA agak terbatas disebabkan jemputan itu sedikit berbanding di Masjid Wilayah kerana kita dapat organize jemputan lebih luas.

Dan ekoran daripada itu, kita juga buat program ketiga di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Di situ, kehadiran ramai pelajar dan ada sebilangan aktivis Islam di Terengganu.

Membincangkan topik yang sama iaitu pluralisme dalam konteks model ucapan Anwar di LSE ?

Ya, betul. Memang fokus kita adalah berdasarkan kepada ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diucapkan di LSE iaitu beliau menyamakan semua agama adalah sama.

Jadi, daripada situlah kita ada beberapa tajuk-tajuk lain.

Jadi, kenapa memilih ucapan Anwar di LSE itu sendiri sebagai pencetus?

Saya, Alhamdulillah, daripada maklumat daripada sahabat-sahabat bahawa ada juga aktivis Institut Kajian Dasar (IKD) bercakap mengenai pluralisme agama.

Antaranya mereka menyebut bahawa, sami-sami bukan Islam yang buat baik akan masuk syurga. Tapi itu cakap, tidak ada hitam putih.

Berbanding dengan ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim, itu hitam putih. Jadi, sebab itulah kita mengambil ini sebagai pegangan yang konkrit.

Ustaz sendiri adalah sahabat baik Anwar sejak dari Yayasan Anda..

Sejak dari Universiti Malaya lagi.

Ustaz tidak menyangka yang akhirnya Anwar terjerumus dalam pluralisme agama ?

Ya, betul. Saya langsung tidak menyangka hal itu kerana semasa kita di universiti, kita sudah mengenali Nurcholish Madjid.

Dan semua orang tahu Nurcholish Madjid, Datuk Seri Anwar pun tahu pemikirannya. Di mana Nurcholish Madjid pada awal tahun 1970-an sudah menolak Islam sebagai satu sistem politik.

Datuk Seri Anwar, setakat yang saya tahu, dia faham benda itu. Jadi, saya tidak sangka sampai satu peringkat, fahaman beliau juga sudah selari dengan Nurcholish Madjid.

Maksudnya..

Ya, saya tidak menyangka pada awalnya. Sehingga lah terbukti dalam ucapannya di LSE itu.

Jadi seminar di UIA, Masjid Wilayah dan UMT membahaskan ucapan Anwar di LSE itu ?

Oh ya.. memang. ..Maudu’ penting di ketiga-tiga program itu berdasarkan kepada pendirian iaitu ucapan Datuk Seri Anwar. Memang khusus kita bincang.

Dan di UIA, Dr Uthman el-Muhammady pun sudah ulas. Dan kita panjangkan lagi di Masjid Wilayah.

Dengan penglibatan NGO-NGO Islam yang lain ?

Ya, betul.

Ustaz Uthman el-Muhammady meneliti satu-persatu ucapan Anwar di LSE itu ?

Ya, beliau meneliti. Saya ingat perkataan demi perkataan. Bukan sahaja baris demi baris tapi perkataan demi perkataan.

Bermakna, dibahaskan, disemak dan juga dilihat berkali-kali untuk mengesahkan bahawa benarkah ucapan Datuk Seri Anwar di LSE itu berbaur ataupun memang menjurus ke arah pluralisme agama ?

Memang.

Benarkah ucapan di LSE itu dibuat Anwar ?

Memang sah. Kita ambil ucapan itu daripada blog beliau. Ini bukan kita ambil atau copy daripada mana-mana blog orang lain, tidak. Memang kita ambil daripada blog beliau sendiri.

Jadi, sah lah bahawa beliau yang bercakap, berucap.

Apakah isi kandungan ucapan di LSE yang dikatakan Anwar telah menjurus ke arah pluralisme agama, telah dikatakan bercanggah dengan akidah Islam ?

Saya nak sebut bahawa, sebenarnya ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memang sah beliau berfahaman Pluralisme Agama.

Dan perjumpaan di rumah Profesor Osman Bakar, saya telah menyediakan.. membuat sedikit homework sekitar sepuluh point, nak dibahaskan pada malam itu.

Itulah inti daripada keseluruhan ucapannya bahawa semua agama adalah sama dalam pengertian pluralisme agama.

Jadi definisi Datuk Seri Anwar Ibrahim, pluralism agama ini ialah semua agama sama.

Bukan macam sesetengah orang mengatakan pluralisme agama ini ada berbagai-bagai agama, tidak. Ya, itu bukan. Itu plurality, kepelbagaian. Bukan pluralisme agama.

Datuk Seri Anwar memang faham begitu dalam tulisannya.

Maksudnya, menganggap Islam bukan absolutely benar dan mungkin juga agama lain mungkin benar dan semua agama adalah benar ?

Betul. Sebab itu beliau berkata di situ bahawa kita tidak boleh mengatakan agama kamu (bukan Islam).. kita orang Islam tidak boleh mengatakan agama itu tidak benar.

Dan beliau juga mengatakan, jalan untuk keselamatan berbagai-bagai. Bagi kita penganut Islam hanya satu sahaja.

Jika sekiranya Anwar mendakwa, prinsipnya tentang pluralisme ini tidak berubah sejak dari zaman ABIM lagi dan dulu telah terlibat dengan dialog-dialog antara agama dan sebagainya. Ustaz melihatnya bagaimana ?

Setakat yang saya faham, Datuk Seri Anwar tidak pernah terlibat dalam dialog antara agama.

Saya di Universiti Malaya pada masa itu, kami daripada Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) dan kita ada anjurkan program yang kita panggil Forum Antara Agama atau Dialog Antara Agama yang diwakili (Islam) oleh Dr. Uthman el-Muhammady, pada masa itu beliau pensyarah Universiti Malaya. Selain itu terdapat juga beberapa orang daripada Hindu, Kristian dan seumpamanya.

Jadi, setakat yang saya faham, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak seperti yang kita kata tadi, beliau tidak mengatakan semua agama sama.

Tidak menjurus ke situ ?

Tidak menjurus ke situ. Tetapi sejak akhir-akhir ini, beliau sudah menjurus ke situ.

Sejak akhir-akhir ini, beliau kerap sangat attend program ke arah pluralisme agama ini.

Adakah Ustaz melihat perubahan beliau sejak akhir-akhir ini disebabkan terdesak untuk mendapat sokongan ataupun sebenarnya sudah menjadi satu anutan ideologinya terhadap perkara itu ?

Wallahualam. Setakat yang saya faham, memang itu keyakinan beliau.

Hasil perbincangan dengan beberapa sahabat, ada beberapa bukti.

Pertama, ucapan beliau mengenai semua agama sama ini bukan di satu tempat.

Dibuat di berbagai-bagai tempat. Dan kemuncaknya di LSE.

Kedua, beliau berjanji di dalam perjumpaan di rumah Prof. Osman Bakar malam itu, bahawa beliau akan edit balik tulisannya.

Katanya ada sedikit longgar, beliau akan edit balik. Sebenarnya beliau tidak edit. Tidak edit langsung.

Selepas perjumpaan malam itu, beliau ada satu ceramah politik di Melawati, dia mengulangi perkara itu lagi.

Malah, ditambah lagi tokoh-tokoh yang pada malam itu saya tidak sebut.. Ditambah lagi tokoh-tokoh (untuk sokong pendapatnya).

Jadi ini menunjukkan memang beliau yakin betul. Bukan strategi politik sangat, tetapi sudah menjadi akidahnya. Kepercayaannya.

Adakah ini hasilnya daripada pembelajarannya semasa belajar di University Georgetown, di Amerika Syarikat di bawah John Esposito ?

Saya rasa lebih awal lagi daripada itu. Saya rasa, kefahaman pluralisme agamanya mungkin lebih awal daripada di Universiti Georgetown. Mungkin beliau ada berhubung dengan John Esposito ataupun lain-lain tokoh.

Jadi, bukan sebab di Georgetown, mungkin awal daripada itu lagi.

Semasa pertemuan di rumah Prof. Osman Bakar beliau ada menyebut tentang Asian Rennaisance. Adakah Ustaz membaca mengenai Asian Rennaisance ?

Ya, saya baca semasa beliau baru menulis. Saya baca. Tapi, pada saya Asia Rennaisance tidak ke arah pluralisme agama..tidak.

Beliau bercakap dari segi budaya dan seumpamanya.

Setakat yang saya faham, tidak menjurus kepada pluralism agama.

Walaupun sebut tentang kebaikan agama-agama lain, tidak, itu satu hal lain.

Tapi, berbeza dengan ucapan di LSE, memang betul-betul jelas, menjurus ke arah itu. Bukan sahaja menjurus ke arah itu, tapi memang betul-betul ke situ.

Pada malam perjumpaan itu, Anwar berkata dia terpaksa memberi ceramah kepada audiens Yahudi dan Kristian sebagai mengambil hati mereka

Memang beliau boleh jawab begitu. Audiensnya begitu.

Sebagai contohnya, kalau audiensnya semua tidak percaya kepada agama, adakah beliau akan mengatakan, ‘ya kita tidak perlu percaya kepada agama’.

Kalau audiens yang akhlaknya rosak, takkan kita pun nak kata agama Islam adalah akhlak yang rosak.

Jadi, sepatutnya beliau menerangkan Islam. Jangan sentuh perkara-perkara yang lain. Menerangkan Islam, itu sahaja.

Tetapi beliau tidak berbuat demikian.

Beliau quote daripada Jalaluddin Rumi, quotation itu salah. Sebenarnya, apa yang beliau quote itu tidak ada di dalam tulisan (Jalaluddin Rumi), tidak ada dalam Masnawi Matnawi, tidak ada.

Beliau hanya ambil daripada John Hicks dan Hicks ambil daripada orang lain.

Jadi beliau bukan seorang peneliti yang serius.

Siapa yang mengatur pertemuan dengan Anwar di rumah Profesor Osman Bakar ?

Selepas program di UIA itu, saya diberitahu oleh Profesor Osman bahawa Datuk Seri Anwar hendak berjumpa. Jadi, Prof Osman tanya saya, adakah saya bersetuju.

Saya tidak ada masalah, kita boleh bertukar fikiran.

Pada awalnya, pertemuan tidak berlaku kerana Datuk Seri sibuk dengan program-programnya yang lain.

Sehinggalah kita buat program di Masjid Wilayah dan kerana itu beliau lebih serius mahu berjumpa. Jadi saya pun bersetuju.

Jadi, kalau ada orang mengatakan bahawa perjumpaan di rumah Prof. Osman itu, inisiatifnya adalah MUAFAKAT, itu tidak benar. Beliau sendiri yang mahu berjumpa kami.

Adakah kerana beliau sudah mendengar tentang cakap-cakap tentang seminar tersebut yang sudah diperkatakan orang. Jadi, beliau ingin memberi penjelasan ?

Saya difahamkan, perjumpaan itu adalah di antara Datuk Seri Anwar dengan aktivis MUAFAKAT sahaja.

Ya, saya difahamkan begitu.

Saya terkejut, apabila yang datang pada malam itu memang ramai sekitar 120 orang.

Pada fahaman saya, kedatangan itu dikerah khusus untuk membantu Datuk Seri Anwar.

Selepas daripada program, saya bersembang sambil minum, saya dapati yang datang itu tidak ada langsung maklumat dan kefahaman tentang ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jadi mereka datang kosong. Itu saya kata, dikerah special untuk menyokong Datuk Seri Anwar.

Kedua, memang saya difahamkan Datuk Seri Anwar hendak menerangkan ucapannya dan juga nak mendengar pandangan kami yang menentang liberalisme dan pluralisme.

Memang betul agenda awalnya, beliau mahu beri penjelasan dan kami nak bertanya. Tapi tidak jadi sebegitu.

Seperti yang saya kata di awal tadi, saya memang ada buat homework.

Saya sediakan point-point saya nak berbincang, tetapi tidak menjadi begitu.

Kerana para peserta itu, dalam pemikiran mereka bukan mahu bercakap mengenai pluralisme agama tetapi mereka mahu bercakap benda lain.

Sebab itu, apabila Datuk Seri Anwar panjang lebar memberi responnya kepada soalan tentang isu moralnya, saya kata jangan. Saya tak bersetuju sebab kita fokus pada pluralism agama.

Tapi Datuk Seri kata, ‘tak..tak..(perkara itu) relevan’.

Jadi, fahaman saya, semua itu dilakukan untuk alih topik daripada isu pluralism agama kepada isu lain. Supaya kawan-kawan yang ramai hadir pada malam itu akan lebih lebih simpati kepadanya.

Pada fahaman saya, perjumpaan pada malam itu gagal. Gagal dalam erti kata beliau tidak dapat menerangkan pendiriannya berdasarkan tulisannya dan kami juga tidak dapat bertanya khusus secara lebih detail berkenaan ucapannya di LSE.

Ditambah lagi dengan kawan-kawan yang respon itu macam-macam bercakap.

Seseorang itu bercakap mengenai hubungannya yang tetap setia dengan Datuk Seri Anwar sejak dari awal hingga sekarang.

Padahal orang yang bercakap itu sibuk menjadi campaign manager Tan Sri Muhammad Taib semasa bertanding jadi Naib Presiden UMNO, ketika saya dan kawan-kawan membuat program ‘Sekretariat Pembebasan Anwar’ (SPA).

Kita bertungkus-lumus, saya dan kawan-kawan. “Orang itu” tidak. Tapi dia claim pada malam itu, dia bersama Datuk Seri Anwar sampai sekarang.

Kemudian, ada kawan-kawan yang lain bercakap, pun demikian juga. Langsung tidak ada maklumat, tidak ada ilmu tentang pluralisme agama.

Kami hanya ada lima atau enam orang ini memang mahu bercakap berkenaan pluralisme agama. Dan, kami kecewa kerana Datuk Seri Anwar tidak respon dengan cara ilmiah.

Bermakna, pada malam itu, Anwar sendiri tidak berminat untuk menjawab tentang pluralisme agama tetapi beliau cuba mengalihkan topik ?

Itu yang saya faham.

Sebab itu beliau bangkitkan isu Utusan Malaysia, masuk UMNO, moralnya dan macam-macam lagi ?

Ya..ya. usaha untuk alih topik.

Saya bersetuju dengan saudara bahawa beliau nak lari isu. Sebab itu beliau kata, kita diguna oleh UMNO, Utusan Malaysia.

Walhal tidak ada seorang pun, orang UMNO yang kita berjumpa dalam isu ini.

Kita pun tidak consult Utusan Malaysia, tidak ada. Cuma, apabila kita buat program, kita panggil semua press. Yang datang Utusan Malaysia dan dua..tiga lagi. Tapi yang ketengah isu ini agak serius, Utusan Malaysia.

Jadi, bukan bererti digunakan ?

Tak ada. Itu yang saya kata pada malam itu. Beliau baik dengan orang-orang Yahudi, saya tidak mengatakan Datuk Seri dipergunakan oleh orang Yahudi. Semua orang tahu yang hubungan baiknya dengan orang Yahudi. Saya tidak mengata begitu.

Dengar balik rakaman tersebut, saya ada berkata begitu.

Jadi, pada malam itu, nampaknya Anwar tidak bersedia untuk menjawab tentang pluralisme agama. Beliau tidak berupaya mempertahankan hujahnya ?

Ya betul. Beliau ada sebut pada malam itu, katanya ada sedikit longgar, beliau kata nak edit. jadi, beliau sendiri percaya benda itu salah.

Dalam satu aspek, beliau percaya benda itu salah kerana beliau berdepan dengan beberapa orang, seperti kami daripada sahabat MUAFAKAT yang betul-betul all out faham liberalisme dan pluralisme.

Jadi, sebab itu beliau kata ada sedikit apologetik..ada sedikit lembut katanya dan berjanji akan edit balik sebab berdepan dengan kami…

Tetapi, di luar daripada kami, tidak begitu.

Sebab itu Prof. Osman Bakar yang jadi moderator pada malam itu, selepas itu, dianjurkan satu program di Sungai Ramal yang dibentang oleh Prof. Osman Bakar berkenaan, setakat yang saya faham, mempertahankan pluralisme agama.

Monday 19 September 2011

Malu dan Terhina dek video seks Anwar : Ketua PKR Sri Aman

PKR Sarawak akan lumpuh! Itulah gambaran yang boleh digambarkan mengenai situasi yang menimba PKR Sarawak sekarang apabila beberapa pemimpin kanan PKR Sarawak mengambil keputusan keluar parti.

Jimmy Donald, Ketua PKR Sri Aman bersama Ketua PKR Kapit, Munan Laja, Ketua PKR Serian, Jonas Riong dan beberapa pemimpin lain seperti Matthew American dan Dr John Brian, blogger Dayak Baru secara rasmi telah mengumumkan keluar parti. Surat perletakkan jawatan mereka telah disampaikan kepada Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian.

Menurut Jimmy, selepas ini akan ramai lagi ahli-ahli dan pemimpin PKR di peringkat bahagian akan mengumumkan keluar parti termasuk kesemua ahli-ahli PKR Sri Aman. Hanya menunggu sedikit masa lagi dan ini akan menyebabkan PKR Sri Aman akan tutup kedai.

Ditanya mengapa mereka mengambil keputusan drastik ini, Jimmy menjelaskan mereka berasakan hala tuju PKR Sarawak sudah jauh menyimpang daripada tujuan asal. Ditambah pula dengan kes video seks Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim bersama pelacur Cina yang membuatkan mereka berasa malu dan terhina.


Secara kebetulan ramai yang tahu mereka ini ahli-ahli PKR, jadi ramai rakyat Sarawak yang bertanyakan mengenai kes video seks Anwar Ibrahim. Pastinya, mereka tidak dapat memberikan jawapan yang memuaskan rakyat Sarawak memandangkan mereka sendiri tidak mengetahuinya. Yang pasti, mereka mengikuti perkembangan ini dan berasakan Anwar Ibrahim melakukan perbuatan itu.

Selain malu dengan perilaku pemimpin PKR khususnya Anwar Ibrahim, mereka juga sudah tidak percaya kepada kepimpinan PKR Sarawak dan PKR Pusat. Melihat situasi sekarang, pemimpin PKR Pusat lebih mengutamakan perkara-perkara yang membabitkan kepentingan politik Anwar Ibrahim.

Manakala, PKR Sarawak pula lebih mengutamakan mempertahankan reputasi Anwar Ibrahim dalam video seks bersama pelacur dan mengangkat Baru Bian sebagai calon Ketua Menteri Sarawak. Ini telah menyimpang daripada tujuan asal penubuhan PKR di Sarawak. Berpegang kepada prinsip itu, mereka mengambil keputusan keluar PKR secara rasmi.

sumber : http://cetusankenyalang.blogspot.com

Sunday 18 September 2011

Di Sebalik Kemelut Wanita Kristian DAP Pakai Tudung - AIDC

Oleh Helen Ang –
Hee Yit Foong ialah Adun Jelapang yang sering dicemuh sebagai ‘katak’ serta dilemparkan kata-kata nista oleh para penyokong DAP.


Hee Yit Foong diletakkan gambarnya di atas lantai untuk dipijak-pijak / Lim Guan Eng sedang berjoget.


Melihat sudut perundangan
Sebelum apa-apa perbincangan lanjut, biar kita meneliti status Hee dari segi undang-undang.

Hee Yit Foong bukan Kristian. Dia Buddha.

Dalam pilihanraya negara, para pemilih pada teorinya memberi undi kepada calon yakni kepada orang-perseorangan dan tidak kepada parti. (Namun pada praktiknya, diakui bahawa keputusan pemilih mungkin lazimnya lebih dipengaruhi faktor kepartian.)

Mengikut undang-undang pilihanraya, individu layak bertanding kerusi sebagai ‘independent’ – calon bebas adalah tidak berparti. Maka boleh disimpulkan bahawa parti (iaitu berdiri atas tiket parti) bukan sesuatu yang wajib atau perlu.

Adapun calon-calon bebas yang menang dalam PRU tahun 2008, iaitu V. Arumugam di DUN Bukit Selambau, Kedah dan Ho Yip Kap di DUN Tanah Rata, Pahang.

Nordin Salleh yang bertanding PRU tahun 1990 sebagai ahli Semangat 46 telah menang kerusi DUN tetapi kemudian ‘melompat’ menyertai Umno.

Dalam kes Dewan Undangan Negeri Kelantan v Nordin Salleh yang didengar pada tahun 1992, Mahkamah Agung telah memutuskan bahawa Nordin mempunyai hak untuk tidak lagi berpayungkan S46 tetapi pada waktu yang sama masih boleh kekal Adun Sungai Pinang.

Justeru itu, Hee memang sah Adun Jelapang mengikut undang-undang yang sedia ada.

Lagi-lagi Hannah Yeoh seorang mubaligh kristian bertudung.

‘Jom ubah’ — siapa yang bertukar wajah?
Kerajaan negeri Perak telah tumbang apabila Hee menarik diri dari DAP serentak dengan tiga orang Adun PKR keluar Pakatan.

Seterusnya, timbullah cacian-cacian terlalu kesat mengatakan Hee seorang ‘pembelot’ yang tidak setia kepada parti dan mengkhianati kepercayaan yang diberikannya oleh para pemilih Jelapang.

Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham baru-baru ini pula mengeluarkan kenyataanbahawa “the Jelapang state seat with 90% Chinese voters will have its interest best served by the DAP”.

Namun adakah ianya Hee yang terlebih dahulu bertukar perwatakan ataupun DAP yang memakai topeng baru? Bukankah Hee, dengan ciri-ciri KeCinaannya, begitu serasi dengan falsafah DAP mahu menakluki Jelapang yang “90 peratus” penghuni Cina?

Apabila kemaruk kuasa
Setelah mencurahkan baktinya selama 22 tahun, Hee makin tidak sebulu dengan parti yang pra-2008 tidak pernah mengecapi kuasa.

Malah DAP sendiri kalah teruk di PRU tahun 2004 manakala Hee mampu memenangi kerusi Jelapang. Seiring itu BN secara kebetulannya mencapai kemuncak kepopularan dengan gagasan tersebut menduduki 198 kerusi Parlimen berbanding DAP 12, PAS 7, PKR 1.

Akan tetapi betapa riaknya DAP hari ini, sebuah parti ‘sosialis’ (konon) yang sudah hilang arah lalu siap bersekongkol dengan kapitalis besar.


(Sumber: Gambar-gambar Hannah Yeoh bertudung dan Ronnie Liu bersongkok pada bulan Ramadan lepas diambil dari blog Stop the Lies.)

Evangelis Kristian mara ke depan
“In a statement of staggering stupidity, Subang Jaya rep Hannah Yeoh was quoted as proclaiming, ‘I don’t want the government to regulate my conversation with God’, in response to the police’s action in banning the usage of religious issues in the Sibu campaign.” (Baca ‘FMT’, sini.)

Gelagat Hannah tidak ubah dengan lolongan Chan Lilian — seorang petugas media pejabat Guan Eng — ketika dituduh menghasut orang Kristian dengan tweetnya.

Puak evangelis DAP sanggup bersalin kulit untuk menyerupai Muslim demi memikat undi Melayu.

Meskipun demikian, promosi mereka supaya dibenarkan edaran Al-Kitab Injil dalam bahasa Melayu (natijah mengembangkan ajaran “Your Allah is my Allah …”)akan lambat-laun mengakibatkan pertembungan agama yang tidak dapat dielakkan.


Poster untuk kempen DAP di pilihanraya negeri Sarawak berunsurkan Kristian serta memperdagangkan nama (Nabi) Isa.

Apa Cinanya Kristian dan B. Inggeris?

Sebelum Hee membelakangkan DAP sudahpun wujud persengketaan di antaranya dan Ngeh serta Nga Kor Ming, sepupu Ngeh (kedua-dua Kristian dan berbahasa Inggeris).

Di Perak juga kemelut dalaman melibatkan kelompok Cina Kristian DAPbertelingkah dengan kelompok India yang berpihak kepada M. Kulasegaran.

Fong Po Kuan yang bukan Kristian pun begitu kecewa dengan DAP negeri Peraksehingga beliau mengumumkan tidak mahu mempertahankan kerusi Parlimen Batu Gajah (tetapi akhirnya berjaya dipujuk Kit Siang).

Ke mana hilangnya semangat DAP yang dikenali Hee dan Fong? Adakah orang lama DAP yang sebenarnya berpaling tadah ataupun parti tersebut yang berubah secara mendadak selepas tahun 2008?


Wajah Anak M.A.L.A.Y.sia Kristian DAP. Yang tengah Elizabeth Wong (PKR).

Dulu lain, sekarang lain

DAP bukan lagi parti yang menjaga kaum minoriti.

Baca, ‘Pakatan has failed Indians, say DAP members‘.

Kini DAP galak memaki-hamun sesiapa yang berani menyoal kenapa Pulau Pinang yang diterajui parti tersebut dengan begitu rela meluluskan 100 peratus kontrak kepada bumiputera. (Jawapan ringkas: Untuk digemukkan sebelum disembelih,)

Bayangkan seorang India bertanya kepada DAP kenapa kaumnya langsung tidak memperolehi apa-apa kontrak ataupun bantuan daripada kerajaan Pulau Pinang.

Pelik bin ajaib, dalam dunia terbalik DAP kesudahannya ialah orang India malang itu boleh pula kena tuduh “rasis” dan “anti-Melayu” gara-gara dipinggirkan kerana kecenderongan DAP untuk mengampu-bodek kumpulan majoriti.

Adakah sikap DAP yang melebih-lebih dengan menunjukkan pro-Melayunya itu betul-betul ikhlas?

Kalau orang India dilayan sebegini sekarang, ada apa jaminan DAP tidak akan menganaiya Melayu pada masa depan jika kaum ini ditakdirkan menjadi golongan lemah? Masyarakat India sudah tahu menilai Pakatan.

Rengekan ‘Anak Malaysia’

Hee besar kemungkinan amat meluat dengan haluan yang dibawa DAP terutamanya Guan Eng yang melantik Zairil Khir Johari memegang jawatan setiausaha politik hanya empat bulan selepas budak setahun jagung itu menganggotai DAP — apalagi kalau bukan atas dasar nama Melayunya.

KeMelayuan Zairil kuat dijaja DAP tetapi keCinaan ditenggelamkan. Tentu sekali kerenah enggan mengakui diri Cina/India yang ditonjolkan oleh barisan Kristian DAP 2.0 tidak disenangi orang lama parti, terutama mereka yang Hindu dan Buddha.

Cuba imbas kembali perangai DAP tatkala menjadi pembangkang berbanding DAP kini apabila berpangkat exco negeri. Ke mana perginya prinsip?

Seorang penyokong tegar PAS pun akan terkapai-kapai apabila presiden partinya tiba-tiba memperjuangkan Negara Kebajikan serta mengenepikan hasrat Negara Islam yang didokong berpuluh-puluh tahun.

Persoalannya kalau Hee Yit Foong dianggap tidak setia, adakah pula DAP teguh kepada janji-janji lampaunya ataupun DAP itulah yang berpusing 180-darjah?

dari www.AIDC.com