Sunday 18 September 2011

Di Sebalik Kemelut Wanita Kristian DAP Pakai Tudung - AIDC

Oleh Helen Ang –
Hee Yit Foong ialah Adun Jelapang yang sering dicemuh sebagai ‘katak’ serta dilemparkan kata-kata nista oleh para penyokong DAP.


Hee Yit Foong diletakkan gambarnya di atas lantai untuk dipijak-pijak / Lim Guan Eng sedang berjoget.


Melihat sudut perundangan
Sebelum apa-apa perbincangan lanjut, biar kita meneliti status Hee dari segi undang-undang.

Hee Yit Foong bukan Kristian. Dia Buddha.

Dalam pilihanraya negara, para pemilih pada teorinya memberi undi kepada calon yakni kepada orang-perseorangan dan tidak kepada parti. (Namun pada praktiknya, diakui bahawa keputusan pemilih mungkin lazimnya lebih dipengaruhi faktor kepartian.)

Mengikut undang-undang pilihanraya, individu layak bertanding kerusi sebagai ‘independent’ – calon bebas adalah tidak berparti. Maka boleh disimpulkan bahawa parti (iaitu berdiri atas tiket parti) bukan sesuatu yang wajib atau perlu.

Adapun calon-calon bebas yang menang dalam PRU tahun 2008, iaitu V. Arumugam di DUN Bukit Selambau, Kedah dan Ho Yip Kap di DUN Tanah Rata, Pahang.

Nordin Salleh yang bertanding PRU tahun 1990 sebagai ahli Semangat 46 telah menang kerusi DUN tetapi kemudian ‘melompat’ menyertai Umno.

Dalam kes Dewan Undangan Negeri Kelantan v Nordin Salleh yang didengar pada tahun 1992, Mahkamah Agung telah memutuskan bahawa Nordin mempunyai hak untuk tidak lagi berpayungkan S46 tetapi pada waktu yang sama masih boleh kekal Adun Sungai Pinang.

Justeru itu, Hee memang sah Adun Jelapang mengikut undang-undang yang sedia ada.

Lagi-lagi Hannah Yeoh seorang mubaligh kristian bertudung.

‘Jom ubah’ — siapa yang bertukar wajah?
Kerajaan negeri Perak telah tumbang apabila Hee menarik diri dari DAP serentak dengan tiga orang Adun PKR keluar Pakatan.

Seterusnya, timbullah cacian-cacian terlalu kesat mengatakan Hee seorang ‘pembelot’ yang tidak setia kepada parti dan mengkhianati kepercayaan yang diberikannya oleh para pemilih Jelapang.

Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham baru-baru ini pula mengeluarkan kenyataanbahawa “the Jelapang state seat with 90% Chinese voters will have its interest best served by the DAP”.

Namun adakah ianya Hee yang terlebih dahulu bertukar perwatakan ataupun DAP yang memakai topeng baru? Bukankah Hee, dengan ciri-ciri KeCinaannya, begitu serasi dengan falsafah DAP mahu menakluki Jelapang yang “90 peratus” penghuni Cina?

Apabila kemaruk kuasa
Setelah mencurahkan baktinya selama 22 tahun, Hee makin tidak sebulu dengan parti yang pra-2008 tidak pernah mengecapi kuasa.

Malah DAP sendiri kalah teruk di PRU tahun 2004 manakala Hee mampu memenangi kerusi Jelapang. Seiring itu BN secara kebetulannya mencapai kemuncak kepopularan dengan gagasan tersebut menduduki 198 kerusi Parlimen berbanding DAP 12, PAS 7, PKR 1.

Akan tetapi betapa riaknya DAP hari ini, sebuah parti ‘sosialis’ (konon) yang sudah hilang arah lalu siap bersekongkol dengan kapitalis besar.


(Sumber: Gambar-gambar Hannah Yeoh bertudung dan Ronnie Liu bersongkok pada bulan Ramadan lepas diambil dari blog Stop the Lies.)

Evangelis Kristian mara ke depan
“In a statement of staggering stupidity, Subang Jaya rep Hannah Yeoh was quoted as proclaiming, ‘I don’t want the government to regulate my conversation with God’, in response to the police’s action in banning the usage of religious issues in the Sibu campaign.” (Baca ‘FMT’, sini.)

Gelagat Hannah tidak ubah dengan lolongan Chan Lilian — seorang petugas media pejabat Guan Eng — ketika dituduh menghasut orang Kristian dengan tweetnya.

Puak evangelis DAP sanggup bersalin kulit untuk menyerupai Muslim demi memikat undi Melayu.

Meskipun demikian, promosi mereka supaya dibenarkan edaran Al-Kitab Injil dalam bahasa Melayu (natijah mengembangkan ajaran “Your Allah is my Allah …”)akan lambat-laun mengakibatkan pertembungan agama yang tidak dapat dielakkan.


Poster untuk kempen DAP di pilihanraya negeri Sarawak berunsurkan Kristian serta memperdagangkan nama (Nabi) Isa.

Apa Cinanya Kristian dan B. Inggeris?

Sebelum Hee membelakangkan DAP sudahpun wujud persengketaan di antaranya dan Ngeh serta Nga Kor Ming, sepupu Ngeh (kedua-dua Kristian dan berbahasa Inggeris).

Di Perak juga kemelut dalaman melibatkan kelompok Cina Kristian DAPbertelingkah dengan kelompok India yang berpihak kepada M. Kulasegaran.

Fong Po Kuan yang bukan Kristian pun begitu kecewa dengan DAP negeri Peraksehingga beliau mengumumkan tidak mahu mempertahankan kerusi Parlimen Batu Gajah (tetapi akhirnya berjaya dipujuk Kit Siang).

Ke mana hilangnya semangat DAP yang dikenali Hee dan Fong? Adakah orang lama DAP yang sebenarnya berpaling tadah ataupun parti tersebut yang berubah secara mendadak selepas tahun 2008?


Wajah Anak M.A.L.A.Y.sia Kristian DAP. Yang tengah Elizabeth Wong (PKR).

Dulu lain, sekarang lain

DAP bukan lagi parti yang menjaga kaum minoriti.

Baca, ‘Pakatan has failed Indians, say DAP members‘.

Kini DAP galak memaki-hamun sesiapa yang berani menyoal kenapa Pulau Pinang yang diterajui parti tersebut dengan begitu rela meluluskan 100 peratus kontrak kepada bumiputera. (Jawapan ringkas: Untuk digemukkan sebelum disembelih,)

Bayangkan seorang India bertanya kepada DAP kenapa kaumnya langsung tidak memperolehi apa-apa kontrak ataupun bantuan daripada kerajaan Pulau Pinang.

Pelik bin ajaib, dalam dunia terbalik DAP kesudahannya ialah orang India malang itu boleh pula kena tuduh “rasis” dan “anti-Melayu” gara-gara dipinggirkan kerana kecenderongan DAP untuk mengampu-bodek kumpulan majoriti.

Adakah sikap DAP yang melebih-lebih dengan menunjukkan pro-Melayunya itu betul-betul ikhlas?

Kalau orang India dilayan sebegini sekarang, ada apa jaminan DAP tidak akan menganaiya Melayu pada masa depan jika kaum ini ditakdirkan menjadi golongan lemah? Masyarakat India sudah tahu menilai Pakatan.

Rengekan ‘Anak Malaysia’

Hee besar kemungkinan amat meluat dengan haluan yang dibawa DAP terutamanya Guan Eng yang melantik Zairil Khir Johari memegang jawatan setiausaha politik hanya empat bulan selepas budak setahun jagung itu menganggotai DAP — apalagi kalau bukan atas dasar nama Melayunya.

KeMelayuan Zairil kuat dijaja DAP tetapi keCinaan ditenggelamkan. Tentu sekali kerenah enggan mengakui diri Cina/India yang ditonjolkan oleh barisan Kristian DAP 2.0 tidak disenangi orang lama parti, terutama mereka yang Hindu dan Buddha.

Cuba imbas kembali perangai DAP tatkala menjadi pembangkang berbanding DAP kini apabila berpangkat exco negeri. Ke mana perginya prinsip?

Seorang penyokong tegar PAS pun akan terkapai-kapai apabila presiden partinya tiba-tiba memperjuangkan Negara Kebajikan serta mengenepikan hasrat Negara Islam yang didokong berpuluh-puluh tahun.

Persoalannya kalau Hee Yit Foong dianggap tidak setia, adakah pula DAP teguh kepada janji-janji lampaunya ataupun DAP itulah yang berpusing 180-darjah?

dari www.AIDC.com

No comments:

Post a Comment