Friday 16 September 2011

Akta ISA terus relevan dan penting di Singapura

Akta ISA terus relevan dan penting di Singapura
17/09/2011 11:17am

SINGAPURA 17 Sept. - Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (MHA) Singapura berkata, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) masih terus relevan dan penting sebagai usaha terakhir memelihara keselamatan negara.

Dalam kenyataan semalam, MHA berkata, Akta ISA hanya diguna pakai untuk menangani ancaman subversif, pelampau kaum dan agama seperti menghasut kebencian kaum dan agama, keganasan, pengintipan dan terorisme.

Katanya, kerajaan mengambil perhatian terhadap pemansuhan Akta ISA oleh kerajaan Malaysia dan menggantikannya dengan perundangan baru bagi mencegah ancaman subversif, jenayah terancang dan tindakan jenayah.

Katanya, Akta ISA di Singapura dan Malaysia mungkin mempunyai persamaan ketika di bawah jajahan British tetapi kedua-dua negara dan fabrik masyarakat dan politik telah berubah mengikut peredaran masa.

Seseorang yang ditahan mengikut Akta ISA di Singapura ditahan sehingga 30 hari dan kemudian Perintah Tahanan atau Perintah Terhad perlu dikeluarkan dan sekiranya gagal mengeluarkan perintah itu maka tahan itu dibebaskan tanpa sebarang syarat.

Sejak 1991, Presiden Singapura mempunyai kuasa untuk membatalkan keputusan kerajaan untuk menahan seseorang mengikut Akta ISA sekiranya Lembaga Penasihat ISA, yang dipengerusikan oleh seorang Hakim Mahkamah Agung, mengesyorkan pembebasan tahanan tersebut.

MHA berkata kerajaan Singapura menggunakan Akta ISA dengan berhati-hati dan hanya diguna pakai terhadap individu yang mengugat keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Katanya tiada individu pernah ditahan mengikut akta itu semata-mata kerana kepercayaan politik masing-masing. - Bernama

No comments:

Post a Comment